Jumaat, 22 Jun 2012

CUTI PADA PENGGAL KE DUA

Pada cuti penggal ke dua tahun 2012, saya telah melancong ke negeri jiran iaitu  ke negeri Singapura. Saya melancong ke sana bersama dengan keluarga saya. Apabila saya sudah sampai di negeri Siangapura saya amat seronok. Kami berada di sana selama 10 hari. Pada hari pertama,kedua dan ketiga saya dan keluarga saya hanya pergi ke Universal Studios.Saya melihat ikan lumba-lumba dan bermacam-macam haiwan lagi. Selama 7 hari kami  bersiar-siar dan membeli-belah. Pada hari terakhir kami bersiap-siap untuk pergi ke lapangan terbang. Pada mulanya saya sempat sedih untuk meninggalkan negeri yang menyeronokkan itu tapi saya lebih sedih jika harus meninggalkan negeri Brunei. Tetapi walauapapun saya tetap gembira kerana dapat melancong ke negeri Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan